.
.

Welcome.. I'm Siti Nadia. Do come, do follow can u? Thanks.. :)
.

.
.
.

FAKE friends are worst than real enemies -,-
.

~ Niece + Konvo + Artis! ~





Semalam aq baru sampai Terengganu dari Putrajaya. Memang jauh lebih tenang kat sane. Hilang tension yang dah banyak membelenggu fikiran aq sejak kebelakangan nie. Setiap hari bangun tido, mesti ade Aisya & Adik yang hiburkan hati dengan perangai yang macam-macam ade.


Mula-mula sampai, Aisya memang asyik nangis bile ade orang dekat ngan dia. Dia tu jenis hiperaktif tapi penakut. Adik steady je. Sampai-sampai terus merangkak gy kat orang nak suruh dukung. Memang semakin comel laa adik. Arina tu laa.. Periang & comel. :)









Memang banyak kerenah budak-budak nie yang buat aq kadang-kadang nak tergelak. Asyik berebut mainan. Sampai hancur kot maggi cup, diorang main baling-baling. Kadang-kadang Aisya surrender, kadang-kadang Arina kene tolak ngan kakak dia. Tapi Arina tu jenis kuat usaha. Kalau dia nak  mende tu, mende tu laa yang dia akan buat. Tak ngaku kalah walaupun kene macam-macam dengan si kakak. 







saling membuli antara satu same lain. :P






Tak sampai 24 jam tak jumpa budak-budak nie.. Aq dah rindu gile. Memang berat hati nak balik sini, berat hati nak tinggalkan diorang.. Kakak aq ade suruh aq stay kat sane at least seminggu, boleh laa teman budak-budak nie main. Sebab kakak aq kate, budak-budak nie kalau ade orang lain selain umi dengan walid dia baru nampak aktif, hepi, ceria. Kalau tak de orang lain, jadi layu macam pokok tak cukup air. 







kalau nak tengok video bawah nie, sila sengetkan kepala anda. :)




Tapi.. Aq still banyak urusan yang kena siapkan kat sini. Medical check up lagi, nak bayar yuran lagi, nak beli barang untuk UiTM tu lagi.. Memang banyak lagi persiapan yang tak lengkap. So, aq tak boleh stay. Sori Aisya,sori Arina..Cik Su tak leh nak stay jage & main ngan korang kat sane.. :(








Nak menangis bila ingat balik reaksi Aisya ngan Adik mase nak balik kemaren. Memang kesian ah tengok muke sorang-sorang. Cam tau diorang nak kena tinggal. Muke sebek. Dah laa dua-dua kena penyakit Kaki, Tangan & Mulut..



Nak tau simptom2 penyakit nie? Baca bawah nie.


~ Penyakit tangan, kaki dan mulut disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus) yang biasanya menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 5 tahun

~Penyakit ini dijangkiti melalui kontak secara langsung dengan pesakit serta melalui najis, air liur dan lelehan dari hidung pesakit

Tanda dan Gejala Penyakit
  • Ruam dengan lepuh di tapak tangan, kaki dan kawasan lampin
  • Ulser di tekak dan mulut
  • Demam    
  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan


Kesian diorang. Memang terok ah aq tengok. Maybe dapat penyakit nie dari budak lain kat taska kot. Aisya langsung tak makan sebab sakit dalam mulut. Air liur asyik meleleh sampai basah baju. Last-last berjangkit kat Adik. Adoi laa.. -_-
Arap-arap diorang cepat sembuh. 


Macam dalam post yang lepas aq ada bagitau aq gy kl sebab konvokesyen abang aq. So, kesimpulannya memang grand gile konvo dia banding ngan konvo sekolah dulu. Haha.. Takkan nak same standard kan. Konvo sekolah mane laa ade bunga-bunga & bear kan... :) 



Ayah aq tak masuk, so aq teman mak aq masuk dalam dewan tu. Memang besar gile kot dewan. Bertingkat-tingkat. Aq duduk tingkat atas sekali. Memang best laa sebab walaupun tak dekat ngan pentas, banyak layar skrin tebeng depan muka. So boleh nampak dengan jelas ape berlaku kat atas pentas. 











Abang aq lulusan QS (Quantity Surveyer). Mula-mula nak sampai turn abang aq tu, memang bosan gile kot tunggu.. Punye laa ramai orang grad. Fakulti senibina kan macam-macam kursus ade. So, tengah sejuk-sejuk duduk dalam dewan tu, tiba-tiba mak aq nak gy tandas. Aq tak ikot sebab aq malas nak jalan jauh-jauh, lagipun takut terlepas turn abang aq. Mak aq kate xpe. Lambat lagi kot. Lepas tu dia gy tandas sorang. Abang aq hantar mesej, "Angah tengah tunggu turn dh ni". Jeng jeng jeng.. Mak aq baru gy tandas mase tu. Aq asyik pandang pintu dewan tu je, harap mak aq cepat sikit takut terlepas turn abang aq naik pentas. Last-last.. Memang terlepas pun. HAHA.. Memang rugi gile laa.. Baik tak yah masuk dewan kalau macam tu. Anak ambik sijil ade pentas, mak gy tandas. Last-last aq sorang je tengok. Gud. Hahaha.. 











Lepas tu memang ramai mak ayah balik. Sepatutnya dalam buku tu tulis tak dibenarkan keluar sebelum majlis tu habis. Last-last tingkat atas tu tinggal sikit je orang. Mak aq ajak aq keluar, bosan duduk dalam dewan. Tapi aq yang degil, nak tengok lagi sampai habis. Mase nak dekat penutup, Pro-Censelor UiTM yang dah berumur 84 tahun bagi ucapan. Agak meleret tapi bagi aq best. Aq tak tau kenapa aq tak bosan dengar ucapan dia. Maybe sebab kata-kata dia tu memang berguna, ade point & berucap menggunakan akal walaupun dia dah tua. Memang percakapan orang educated. Rugi siapa yang balik awal, tak dengar.



Oh oh! Lupe.. Hari tu kat Sogo jumpa Maya Karin. Dia jadi duta jenama pe pun dah tak ingat. Sorella ke hape bende name benda tu. Memang cun melecun laa.. Tapi tak seputih dalam tv kot. Haha.. Tak sempat pakai mekap ke cik kak? :P
Tapi Arina lagi famous kot mase tu.. Siap ade yang ambik gambar dia lagi.
Anak sedara aq mengalahkan Maya Karin.. HAHA


Yang paling tak tahannye.. Pengacara tu punya laa speaking pom prang pom prang.. Maya karin cakap melayu je.. HAHA.. Kalau aq jadi pengacara tu malu.. Woi.. Guna bahasa kebangsaan kita laa.. Tak yah nak speaking-speaking sangat. Lagipun tak situ semua orang melayu yang gy serbu. Ape laa..



Pastu gy One Utama lak, jumpa Ahadiat Akashah kat depan lif. Tak kenal?? Alaaa... Yang penulis novel Lagenda Budak Setan tu. Mula-mula tengok, aq dah rase "macam kenal je orang nie.. Sape ek?". 
Last-last bila jalan jauh sikit baru mak aq sebut name dia. Baru laa teringat..
Jalan ngan sape? Bini dia ke? Seksi gile kot.. Haha.. Xdop dah baju hok ketat sikit agy?



Ok.. Rehat sebentar bersama kit kat.. :P

Bye bye.. 

No comments:

Post a Comment

*Hak milik terpelihara Siti Nadia semata-mata*