.
.

Welcome.. I'm Siti Nadia. Do come, do follow can u? Thanks.. :)
.

.
.
.

FAKE friends are worst than real enemies -,-
.

~ My Tunggang Langgang Life in UiTM Dungun ~



Hai U Ollzzz... Lame gile tak update. Busy la sangat kan. 
*tangan ke bahu. mate ke atas. :P


Memandangkan agak susah untuk meng'online'kan diri kat UiTM Dungun tu, aq mengalami kesulitan untuk mendaftar macam-macam jenis borang atas talian. Setiap hari kena jalan jauh-jauh dari kolej kediaman sampai library. Penat giler! Sampai melecet kaki aq.. Haiyoo... :/


Dan sekarang, aq tiba-tiba sampai seru untuk menceritakan kehidupan aq sepanjang 2 minggu kat sane. Kite nak cerita satu persatu nie, awak nak dengar ke tak? Entry kali nie dijangka tersangatlah panjang.. Sape-sape yang tak nak bace sudaah... :)








Minggu Pertama (MDS ~ Minggu Destini Siswa)

Mula-mula dengar kata pembahagian bilik ikut suke hati kite. So.. Aq, Cat & Wan memang dah berpakat nak duduk sebilik. Memang excited giler mula-mula tu. Siap rancang same-same nak bertolak dari rumah. Last-last bila sampai kat pagar utama UiTM Dungun tu, nampak laa bebudak senior tunggu kat pagar hulur satu kertas yang tertulis kolej, nombor bilik & aras bilik tu. Mase tu semangat aq dah down. Memang komfirm tak same bilik laa dengan geng-geng tu. Abang aq kate "Jangan wak darat ngat ah. Bercampur gop sket ngan orang lain. Jangan arap kat kawan lame je.". So aq redha je lah.. :')


Bilik aq Redang 3, bilik 309, aras 3. Betul-betul mengadap jalan. Kalau korang jalan ke arah kolej Redang 3 , bilik yang atas sekali, straight nampak dari jalan tu, tu laa bilik aq. Sangat-sangat senang nak cari. Mari laa pakat ramai-ramai serbu. Makanan bawak sendiri coz bilik aq memang tak ade makanan. Tapi.. Boys are not allowed ok....


Satu bilik, 3 orang. Dalam bilik aq, 2 orang budak Terengganu, sorang budak Selangor. Budak Terengganu tu of course laa aq. Sorang lagi Yana, budak sekolah agama Khairiah dulu. Budak Selangor tu name dia Raja Fatin Athirah. Kebetulan, kami semua budak CS110. :)
sape yang tak tau ape itu CS110.. CS110 tu kod program untuk Science Computer. 


Hah! MDS memang mencabarkan mental dan fizikal siswa & siswi baru macam aq. Korang bayangkanlah.. Tido nak dekat pukul 1 pagi. Bangun pukul 3 pagi. Mandi & siap-siap pakai baju kurung. 4.30 dah kena berkumpul kat bawah untuk solat subuh berjemaah & dengar kuliah subuh kat Pusat Hidayah (PH). Dengan kepala yang masih mamai, mengantuk &  kepenatan, kaki nie 'dipakse' melangkah.. Dah laa jauh kolej tu dengan PH. Tak kire jarak kolej dengan dewan Aspirasi lagi tu, lagi laa jauh. Mula-mula memang letih sebab tak biase.  Tapi alhamdulillah dalam masa 2 minggu nie, kaki aq dah mula terbiase berjalan sejauh tu, kadang-kadang sampai 4-5 kali berulang-alik dalam mase sehari tanpa rasa sakit kaki macam masa mula-mula sampai sini. 


Oh! Lupe nak bagitau. Sepanjang MDS nie, bebudak Freshie macam kami dijage oleh akak-akak & abang-abang OC. Dyeorang nie senior kami. Tegas tapi baik. Kebajikan kami memang terjage. Kalau ade sape-sape yang tak sihat sikit pun, dyeorang akan sungguh-sungguh tolong. Memang tak ade istilah ragging sepanjang minggu MDS nie. Cuma akan terbiase dengar "BERTIGA-TIGA! CEPAT!!". So, kami pun terpaksa berjalan selaju mungkin. Dah laa jauh, kena rushing lagi. Kalau lambat kena marah dengan OC. Mula-mula tu memang agak tension, tapi lame-lame dah terbiase. Sampai sekarang pun, walaupun dah tak  ade OC yang suruh jalan laju-laju, aq macam dah semulajadi jalan laju. Kesian geng-geng nie kena tinggal. Kadang-kadang rase macam nak berlari pun ade. :P


Macam-macam aktiviti mase MDS nie. Antare yang TERBAEEKKKK bagi aq time  Demonstrasi PALAPES, majlis perasmian MDS, malam kebudayaan, tayangan 'wayang' & Forum Perdana. Memang santai habis mase nie.. Serius seronok! Aq rase tak perlu laa aq sebut satu-persatu aktiviti tu.. Biarkan semuanya menjadi kenangan manis.. :)



Minggu Kedua ( KULIAH! )

MDS berakhir, Kuliah bermula. Bebudak CS110 dibahagikan kepada 4 kelas. Aq.. CS110/1D. Walaupun jadual aq macam agak santai, banyak gap, tapi siyes cakap, macam tak cukup 24 jam sehari. Nak buat kad matrik saje pun dah terpakse beratur panjang. Rase macam nak 'berkampung' je luar pejabat tu. Haha.. Tapi alhamdulillah semua urusan dah settle setakat nie. Kad Matrik dah siap, borang-borang semua dah hantar, barang-barang elektrik dah bayar. Koko pun dah daftar.. Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) ! Sporting gile tuan ape ke namenye tu.. Dengar taklimat dia bagi, memang sangat menyeronokkan. InsyaALLAH tak akan tension masuk JPAM nie. :)


CS110/1D.. Memang ramai bebudak Selangor dalam kelas nie memandangkan keseluruhan batch nie pun majoritinya dikuasai oleh bebudak Selangor. Terengganu mane? Tenggelam..  :( Tergeliat lidah aq speaking luar. Haha..


Awal-awal kelas dah buat group untuk buat assignment. 2 lelaki, 2 perempuan. Group aq, sorang budak Terengganu (of course laa aq), 2 budak Selangor (Wan & Iffah), sorang budak Kelantan (Qohar). 


Hampir setiap malam kalau x ade ape-ape program, Aq, Cat, Yana, Zahirah, Wan, Faiz & Syahir (kdg-kdg) akan lepak ramai-ramai sambil cari makanan. Kami semua budak Terengganu walaupun berbeza course. Mase tu kami bertukar-tukar cerita laa.. Yang paling tak sedap dengar tu, Syahir bagitau pokok besar depan rumah aq tu ade 'benda'. Puihh! Kurang asam punye Syahir! Buat seram aq je.. :(  HAHA


Zahirah & Faiz lak memang dah ehem-ehem dari sekolah dulu.. Untung laa boleh belajar tempat same. Jeles gile tengok korang. Nampak sweet je.. Dah laa family masing-masing dah bagi restu.. UNTUNG LAA.. Haha.. Aq jugak yang jauh... :'(
jangan wak drama ah sini! :P



Lagi... Nak cerita ape lagi ek.. Macam-macam benda terjadi.. Tapi banyak jugak yang tak patut aq ceritakan kat sini. Dan sori. Aq memang tak de gambar sebab aq memang tak ambik gambar pun kat sini. Semua lakaran kehidupan kat sane hanya ade dalam otak ni. :P



Oh... Sebelum terlupa nak bagitau.. AQ RINDU GILE KAT KAWAN-KAWAN AQ. Agak-agak ape yang dyeorang tengah buat sekarang nie ek? :'(


Zaty, Siti, Asmaa', Dayah, Faris, Asyraf, Piqah, Aima, Domi & mustahil untuk aq tak mentionkan kat sini, my one and only Fathi.. :')
Jangan jadikan statement nie sebagai bahan untuk mencetuskan kontroversi ye adik-adik. :P


OK! Setakat nie je dulu kot entry aq. Banyak benda nak cerita tapi dah malas nak menaip.


Untuk kawan-kawan yang jauh di mata tapi dekat di hati.. Korang jage diri baik-baik. Sayang korang semua.. Nanti kita jumpa ek.. :') 

Sesiapa yang aq tak mention tu, tak bermakna korang tak penting bagi aq. Sekali kite kawan, aq akan automatik jadi sayang kat korang. No matter who you are..  :D


TATA semua.. :)

2 comments:

  1. Suka la baca ni , tak sabar nak masuk U hee. mekasih akak share cerita kat sane

    ReplyDelete
  2. Suka la baca ni , tak sabar nak masuk U hee. mekasih akak share cerita kat sane

    ReplyDelete

*Hak milik terpelihara Siti Nadia semata-mata*