.
.

Welcome.. I'm Siti Nadia. Do come, do follow can u? Thanks.. :)
.

.
.
.

FAKE friends are worst than real enemies -,-
.

~ Minggu Yang Memenatkan! ~


HAI readers!


Hampir sebulan selepas post yang terakhir. Nak buat macam mane, internet terhad. Kalau ade pun, harap kelas dalam makmal je. Tu pun takkan nak update blog mase lecturer tengah mengajar. Kurang asam laa jawabnye kalau buat camtu kan?


Okey2.. Aq jangka post kali nie panjang yang amat. Get ready nak baca cerita-cerita mengarut aq k.. :)


Eh2.. Sebelum tu, nak ucap SELAMAT BERPUASA bagi seluruh umat Islam kat dunia nie. Semoga Ramadhan kita diberkati. Amin.... :)



Ok.. Kita mulakan dengan apa yang terjadi minggu lepas.



HARI AHAD.. Jatuh tangga! Haha.. Sampai berbalut kaki aq terseliuh punya pasal. Keluar dari makmal CS, aq tak sedar ade 1 anak tangga lagi kat bawah tu. Last-last gedebuk! Kaki kiri terseliuh, kaki kanan luka+terseliuh sikit-sikit. Sakit yang amat. Tapi aq buat-buat biasa je. Jalan terkecok-kecok. Petang tu masa perjumpaan kelab rekreasi, sempat lagi sakit-sakit pun, aq boleh lagi pergi pasang khemah. HAHA.. Balik dari aktiviti petang tu, aq dah semakin susah nak jalan. Last-last kaki aq kena balut dengan kain bandage. Esoknye, pergi kelas dengan kaki yang berbalut. Kawan-kawan aq pakat suruh pergi klinik, tapi aq yang tak nak. 




HARI KHAMIS.. Macam biase laa.. Sesiapa yang tak balik kampung, kebanyakannye akan pergi pasar minggu kat Dungun nie. Pasar minggu nie memang besar tak hingat. Macam uptown pun ade. Makanan of course laa macam-macam jenis. Daripada yang aq pernah tengok sampai laa makanan yang aq tak pernah tau pun benda tu wujud atas muka bumi selama nie. Baju-baju memang berlambak. Pilih je mane yang berkenan, cantik-cantik.. Harga pun tersangatlah 'CANTIK'.




Balik daripada pasar malam tu, aq and the geng (Cat, Zahirah, Faiz) pergi laa tengok persembahan Bollywood kat pejabat kebudayaan ke hape bende namenye tempat tu. Over all, aq langsung tak faham persembahan tu sebenarnya persembahan lakonan ke ataupun persembahan tarian. Sebab dari awal sampai akhir asyik menari je. Tapi apa-apa pun, dyeorang dah buat yang terbaik. Memang patut tabik laa.. Ingat senang ke nak menari macam tu. Lagu-lagu pun best! Tu part yang aq paling suka. Hehe.. :P




HARI JUMAAT.. Awal-awal pagi kami dah kena bangun tidur macam minggu MDS dulu. Sebab apa? Sebab kami bebudak UiTM Dungun semuanya diwajibkan menghadirkan diri ke Arena Square Dungun sempena kedatangan Perdana Menteri kite. Mula-mula bangun tu, macam orang blur pun ade. Ngantok memang tak tau nak cerita. Tapi demi abg Najib, aq bangun jugak. Haha.. 




Lepas je mandi, aq & roomate aq, Yana dah sarapan ayam KFC spicy aq cakap kau. Haha.. Dengan keadaan pintu bilik yang terbuka luas, kami melantak ayam tu sambil bersila atas lantai. Sebab ape buka pintu? Sebab ade serangga pelik masuk dalam bilik kami.



Sambil-sambil makan, mata sibuk tengok serangga tu melekat kat dinding. Get ready laa, takut-takut serangga tu terbang kat kiteorang, dah bersedia nak selamatkan diri. HAHA.. Ngok ngek! KAMI TAK SUKA SERANGGA! Lama-lama, serangga tu terbang melekat kat beg Yana, kami pun ape lagi, menjerit macam jumpa hantu. Memang kelakar gile bila ingat balik situasi mase tu. Dengan aq yang terkial-kial nak ambik penyapu bawah katil guna kaki. Macam orang OKU pun ade. Haha.. Last-last Ira berlari masuk bilik kiteorang ala-ala superhero gitu tolong buang serangga tu. Fuhhh! Baru lega... :P



Pasal program dengan PM kite.. Aq tak nak anggap nie berunsurkan politik, tapi kami digalakkan memakai pakaian berwarna biru. Sesiapa yang ade basikal wajib sertai konvoi berbasikal. Nie laa part yang buat aq teramat menyesal sebab ada basikal. Penat nak mampos kot. Dah laa jauh.. Pagi mase on the way nak gi Arena Square tu boleh rileks lagi. Langsung tak penat kayuh basikal walaupun jauh. 












Sampai je kat tempat tu, kiteorang pakat duduk same-same. 



Mazrin, Faiz (Iz) , Zahirah (Ira) , Cat
(KAMI SEMUA GENG BERBASIKAL)






Memang tempat tu ramai sangat manusia memandangkan bebudak UiTM seluruh Malaysia berkumpul kat sana. Bila PM sampai, semua macam excited nak tengok, sampai ade yang berdiri termasuk aq. Haha.. Lame-lame, lepas sorang-sorang berucap, aq dah mula mengantok. Last-last bila time PM berucap, aq tertido dari awal sampai habis. Haha.. Sori Abg Najib. Bukan tak nak dengar, tapi ngantok yang amat mase tu.



HAH!!


Sebelum balik, kiteorang sempat singgah bangunan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM). Tengok ular tedung kat belakang bangunan tu. Besar yang amat. Dah laa agresif. Pantang orang datang dekat, mesti dia nak patuk. Mujur ular tu dalam sangkar. Kalau terlepas, aq laa orang first yang lari sekuat hati. Haha.. 







Masa nak balik tu yang paling azab sekali. Angin pantai kuat, kami terpaksa kayuh basikal lawan arus angin tu. Basikal jadi tersangatlah berat & kami jadi sangat penat. Sampai kena berhenti rehat banyak kali. Aq rasa macam nak menangis je atas basikal tu. Dah laa mase tu sakit kepala dah mula menyerang. Rasa macam memang tak larat nak sampai UiTM. Tapi macam laa tak kenal perangai aq, aq kan suka pakse diri walaupun benda tu menyeksa diri sendiri. Kalau aq penat macam mane sekali pun, selagi aq tak pengsan aq takkan berhenti.


 
Sampai bilik, terus demam! Seluruh badan jadi sakit-sakit, dengan kepala yang semakin berdenyut-denyut. Dengan kepala yang tak larat nak angkat tu pun, aq terpaksa jugak pergi Pusat Hidayah sebab ade program Kemahiran Insaniah (KI) untuk budak part 1. Hanya sempat rehat 30 minit je dalam bilik. Kehadiran diwajibkan. Nama pun wajib, penat ke demam ke mati ke kena pergi jugak. Aq baca soalan untuk KI tu pun, terpaksa baca ayat yang sama berulang-ulang kali sebab kepala pening tak boleh nak 'hadam' langsung maksud ayat tu.



HARI SABTU.. AL-FARABI DAY untuk bebudak part 1 CS! Pagi-pagi bangun, still demam.. Dengan rasa macam orang mabuk, terpaksa jugak kayuh basikal pergi dewan Bakawali.. Blablabla.. Tiba-tiba senior tu cakap petang tu ade Explorace. Alamak! Dengan demam yang still tak kebah, ade explorace lak.. Adoyai.. Balik bilik, tukar baju, datang balik kat tempat tu.  Kumpulan explorace kali nie bercampur kelas. So, tak de laa sangat semangat ke'kelas'an tu.  Aq terpaksa 'menjebakkan' diri dalam kumpulan 3. Keseluruhannya, memang kumpulan nie bersemangat tahap gaban. Lari-lari macam explorace real. Padahal aq tengok kumpulan lain ade yang jalan selamba je. Kumpulan kiteorang lari macam orang gile. Haha..



Yang paling aq tak tahan part lompat longkang. Dah laa longkang tu besar, dalam pulak tu, tanah kat situ plak memang tak rata. Sejak aq duduk kat UiTM nie, benda yang paling aq takut ialah LONGKANG! Aq seboleh-bolehnya akan jauhkan diri daripada longkang. Tengah syok-syok lari, tiba-tiba ade longkang kat depan! Aq brek mengejut, fikir 2-3 kali nak lompat ke x. Jalan lain ade tapi jauh. Bila aq tengok ahli kumpulan aq pakat terjun blake, aq pun tawakal je laa, lompat jugak longkang tu. Last-last bila lompat longkang tu, kaki terseliuh balik! 




Dah laa hari ahad dah terseliuh sebab jatuh tangga, time nie terseliuh sebab lompat longkang plak. Tapi gitu ah. Macam yang aq bagitau tadi, aq nie jenis suka memaksa diri. Sakit ke tak sakit ke aq tak peduli. Yang penting kami nak menang! Last-last kumpulan kami dapat anugerah kumpulan paling pantas sebab berjaya tamatkan semua cabaran dalam masa 30 minit saje.
Yeyyy!! Hepi yang amat masa tu. Bangga pun ade. Walaupun penat tapi puas hati. :D




HARI ISNIN.. Minggu keusahawanan dah bermula sejak dari Ahad lagi. Macam-macam program ada daripada Ahad sampai Khamis. Tapi aq nak cerita pasal program hari Isnin sebab bagi aq, hari Isnin paling best. Bangun pagi, kiteorang bebudak Kolej Redang kena pergi Stadium Gemilang sebab ada senaman pagi. Senaman pagi bukannye senaman pagi macam mase kat sekolah dulu, senaman nie macam gabungan dengan tarian. Lepas senaman pagi, aq ade kelas BEL, balik kelas BEL, geng kiteorang pergi Teluk Gadung sebab ada program HISTRORICAL FRUITS FESTIVAL. Bayar dalam RM3-RM4 gitu, dapat kupon, korang boleh makan macam-macam jenis buah sepuas-puasnya. SYOK bangat sih...! I like fruits! :D














Malam tu.. Dating ngan Aliff Aziz! Haha.. 'Dating' laa sangat kan.. Aliff Aziz datang ke UiTM Dungun sempena minggu keusahawan nie laa. Dia buat konsert kat Dewan Aspirasi. Sape-sape yang nak tengok, kena beli tiket ade laa dalam RM7. Tak terkecuali aq. Haiyoo.. Hiburan saje mu Nadia! X laa.. Sekali sekala, bukan selalu ade peluang nak tengok Aliff Aziz depan mata kan. Alang-alang dah ade peluang, rembat sajaaaa...







Komen? HURU-HARA! Semua penonton especially ladies dah macam "ALIFF AZIZZZZZZ! I LOVE YOU!!!!!!".. Haha.. You know what i mean kan? SAWAN.. Kalau ade suami kat rumah pun, silap-silap dah tak ingat tu. Mujur aq tak termasuk dalam golongan tu. Tapi nak bagitau.. Hensem giler beb. Haha.. Astaghfirullahalazim..! Setia! Tapi kalau tengok dalam tv, tak de laa hensem sangat. Tapi bila tengok depan-depan, not bad.. Tinggi dia dengar kata 190. Jauh beza kot dengan ketinggian aq. Haha.. Ok2.. Sedar diri nie pendek.. :P



Cat ade rakam video masa persembahan, tapi agak susah nak diupload terutamanya kat sini. Internet lambat macam siput. Nak boleh tunggu upload satu-satu video sampai berjanggut kambing belakang rumah aq. 
*sejak bila belakang rumah aq ade kambing?? -,-



Nie ambik 1 dah laa... Tapi sebelum nak tengok tu, anda di nasihatkan supaya menge'pause'kan dulu lagu blog nie. Dan ingin dimaklumkan bahawa video nie terbalik. So, korang tak yah nak tengok sangat laa kalau tak nak sakit kepala. Aq post video nie untuk bagi korang dengar je, bukan untuk di tengok. Muahahaha.. :P







Yang paling sweet.. Nak tau ape? Aliff dah buat pengakuan exclusive pasal hubungan dia dengan Anne Ngasri. Dia cakap.. 


"She's everything to me right now."

HAHA!


Hari Rabu... Kuiz Discrete Mathematics! Blur nak mampos jawab. Dah study tapi bila tengok soalan, kosong.. Lepas habis kelas Math, boleh balik! Weeeee.... 



Actually lepas habis kelas hari Rabu, aq dah balik rumah kat Chendering nie memandangkan hari Khamis lecturer aq cuti. Enjoy laa kejap. Tapi kenyataannya, cuti tak macam cuti. Pening kepala, dah laa minggu depan ada kuiz Akaun. Tak cukup dengan tu, siap ada test Math, test CS. Mampus aq! Macam tak ada apa-apa ilmu langsung dalam kepala nie. Dah laa keje CS berlambak. Huhu.. 



Tu je nak cerita.. Tolong doakan aq hadapi test-test minggu depan dengan tenang. Berat gile kepala aq sekarang.


OK.. Chau dulu.. Assalamualaikum.. Puasa jangan tak puasa! :) 

No comments:

Post a Comment

*Hak milik terpelihara Siti Nadia semata-mata*