.
.

Welcome.. I'm Siti Nadia. Do come, do follow can u? Thanks.. :)
.

.
.
.

FAKE friends are worst than real enemies -,-
.

~ Kuiz? Coklat? Damn! ~



HALLLOOO....~ (Trademark bebudak kelas aq).


Apesal tajuk entry pun dah macam nak mengamuk nie? Kenapa? Kenapa?

Gile tak mengamuk. Ade ke patut coklat Cadbury aq kene curi. Makan makanan haram laa si pencuri nie. Aq letak dalam peti sejuk kat pantry aras aq. Pantry tu depan bilik aq je. Aq dah siap tulis nama, nombor bilik lagi kat plastik coklat tu. Last-last setelah 2-3 hari lepas tu, aq bukak peti sejuk dan tiba-tiba.. JENG JENG JENG! HILANG!


Aq just boleh doakan si pencuri tu cepat-cepat laa insaf. Kau sedar tak yang kau dah makan benda halal yang dah jadi haram bila benda tu masuk dalam mulut kau. Aq mintak maaf sangat-sangat. Aq takkan halalkan coklat aq yang kau curi tu. Biar laa benda tu just RM4 lebih je, tak sampai harga puluh-puluh or ratus-ratus pun. Tapi yang haram tetap haram. Aq nak beli coklat tu pun aq dah fikir 2-3 kali sebab harga macam tu. Last-last aq beli jugak sebab bukan selalu aq keluar bandar Dungun nie. Mane tak bengangnya bila hilang. 


Dah laa dulu hari pendaftaran kasut baru aq dah jadi mangsa. Tiba-tiba bila keluar bilik, HILANG! Kasut tu aq baru pakai 2 kali laa pencuri bongok! Tak pasal-pasal aq kena call balik mak aq suruh beli kasut lain sebab time tu memang aq dah tak ade kasut lain nak pakai.


Masa minggu MDS tu, aq ade laa jugak cari kasut tu. Dalam 2-3 hari sebelum MDS berakhir, aq nampak ade sorang budak perempuan pakai kasut tu. Aq memang dah mark dia. Jelas sangat tu memang kasut aq. Tapi aq buat derk je. Just harap budak tu dapat balasan setimpal 1 hari nanti. Kang aq 'curi' balik kasut tu kang, balik kaki ayam kau nanti. 


HAH! Kuiz! Minggu nie, aq ade kuiz CS & Math. Masuk lab, dah start seram sejuk. Belajar pun tak faham mane, tiba-tiba ade kuiz. Last-last aq hentam je isi jawapan. Tak tahu laa result macam mana. 


Tapi dalam minggu nie jugak, aq dah mula tertarik dengan Turbo C++. Tak tahu ke mende hape tu? Turbo C++ tu lebih kurang macam kalau korang nak buat 1 program, korang kene gunakan Turbo C++ tu untuk bina program tu. Bahasa C++ tu dalam bentuk ayat biasa+code. Yang code tu memang kena hafal. Memang mula-mula macam susah. Tapi kalau dah try banyak-banyak kali, rase seronok. Tambah-tambah kalau program tu success. Kalau ade error tu, kene adjust balik laa program korang. Adjust laa sampai success. Alhamdulillah,setakat ni yang aq buat banyak jugak success. Tapi bila dah error, terngange laa kejap. :P


nah.. Example


#include <iostream.h>
int main ( )
{
       float basic_salary, totalDed, totalAllo, SOCSO, EPF, gross, netSal;
       cout<<"Enter the basic salary";
       cin>>basic_salary;
       totalAllo=500+700+750;
       gross=basic_salary+totalAllo;
       SOCSO= 0.09 *gross;
       EPF=0.02*gross;
       totalDed=EPF+SOCSO;
       netSal=gross-totalDed;
       cout<<"The net salary="<<netSal;

       return 0;
}


Haaa... Lebih kurang macam tu laa.. Berbelit-belit gak otak nak buat. Kalau tertinggal 1 benda pun dah error. :(

Ok laa.. Tu je kot setakat nie. Petang nie nak balik rumah. Nak hilangkan tension minggu nie. Baju tak basuh yang bertimbun pun ikut aq balik rumah petang nie. HAHA..

BYE-BYE.. ~ :D

No comments:

Post a Comment

*Hak milik terpelihara Siti Nadia semata-mata*