.
.

Welcome.. I'm Siti Nadia. Do come, do follow can u? Thanks.. :)
.

.
.
.

FAKE friends are worst than real enemies -,-
.

UiTM Kedah Kini :)

Blog yang dah lama menyepi kini kembali!
*macam iklan mainan dalam kotak DINDANG tu je. Korang ingat x? X?? X ingat korang punya pasal lah... :P



Pejam celik pejam celik dah sebulan aq kat UiTM Kedah nie. Lagi femes kalau panggil UiTM Merbok laa kan. So far ok laa. Best life kat sini walaupun agak busy. *busy sangat ke masalahnye. :P




Yeah.. Aq budak part 1 Office Management (OM/BM118), so perubahan yang agak drastik laa kan. Dapat pun lecturer Personality Development yang agak.. Errr.. Cerewet maybe? HAHA.. Ampun Sir Jef, jangan denda saya buat benda pelik-pelik depan kelas.  :D 
Aq x pandai senyum! :(
Heels & barang make up benda wajib masa kelas Personality Development nie. Hadoii.. Jalan dah macam robot dah sebab nak balance, takut ter'peleot' tengah jalan x pasal-pasal dapat malu. 3 inci wahai sayang-sayangku sekalian. Diulang.. 3 Inci. Kalau orang yang dah terbiasa kira ok laa, x laa tinggi sangat kan. Tapi bagi aq yang baru nak berjinak-jinak dengan heels nie, heels pun boleh jadi hell kan? (-_-)




Erm.. Kalau cakap pasal kawan.. Aq dah ade 2 orang kawan rapat kat sini. Izmanina Faqia (Nina), Fasihah or lebih sinonim dengan gelaran Fasihah Siput. Aq pun x tau sebab apa dia obses dengan makhluk tu. Haha.. Kami sekelas & kami kuat makan. HAHA.. :P





Komen pasal dyeorang? Nice! Kami boleh share stories pasal semua benda. Baru sebulan kenal dah macam bertahun-tahun. Makan sama-sama, study sama-sama, buat group assignment sama-sama, mengumpat sama-sama, lepak sama-sama, kalau hujung minggu tidur pun sama-sama walaupun kteorang bilik lain-lain. Sorang tingkat 1, sorang tingkat 2, sorang lagi tingkat 4. Seriously, kami memang otak kartun, suka sangat mengarut tak kira masa. Kalau dah start mengarut, panjang berjela-jela x reti nak diam. Haha.. 



Both of them from Selangor. Cakap luar je laa keje aq duduk kat sini. Hilang terus loghat Terengganu aq bila duduk dengan dyeorang. Sampaikan ada yang x percaya aq asal Terengganu sebab bahasa aq dah banyak ke arah KL. Haha..



Tapi Terengganu tetap di hati.. Still x lupa diri, alhamdulillah. Orang lain dah 2 kali balik cuti kat Terengganu lepas daftar bulan 11 hari tu, aq sekali pun x balik lagi. Rindu giler ngan Giant & Mydin. Haha.. Banyak kenangan dengan kawan-kawan tersayang kat situ. :)



Roomates? Nice jugak.. Sue, Fini, Fatin. Salina pun ok. Semua jenis sporting & baik. Aq je yang kurang cakap dalam bilik tu. Maybe sebab perbezaan loghat. Dyeorang semua orang Kedah, aq sorang je Terengganu. Lidah aq agak keras untuk 'speaking' Kedah, so aq lebih banyak mendiamkan diri dalam bilik. Haha.. X tau laa.. Maybe sebab aq dah terbiasa duduk sorang dalam bilik kat rumah dulu,so bila masuk bilik secara auto nye aq akan jadi senyap & lebih banyak buat kerja sorang-sorang. Kat luar je aq jadi hiperaktif sikit. :P



Classmates? Apa yang boleh aq kata kat sini, 3 orang je boys dalam kelas kami (KBM1181A) ! Yang lain of course laa girls, x kan pondan pulak kan? Haha.. Shafizi, Fuad & Luqman.  Hensem ke? Biasa je aq tengok. :P


Yang paling kiri tu Shafizi. Mirip sangat macam ex-classmate aq dulu, Naim. Daripada belakang pun dah mirip kan? HAHA.


Tengok. Girls conquer the class. :D


Lecturers? Nice jugak laa! 3 lecturer lelaki and the rest semua perempuan. Semua muda-muda lagi selain daripada lecturer BEL dengan OMT100. Dengar kata ada 'manusia-manusia' yang admire kat Sir Fazil. Ape kejadahnye student admire lecturer. HAHA 



Erm... Ape lagi nak cerita ek? Haa! Kat sini kuat bau getah tau. Terutamanya waktu-waktu pagi. Haha.. Tu je kelainan kampus kiteorang banding kampus lain. Ke ada lagi kampus lain yang mengalami nasib yang sama? Tapi hidung nie dah lali dengan bau tu. Dah x berapa nak kesah dah. 



Lagi... Actually banyak benda yang jadi tapi x larat aq nak taip satu-satu. Dah laa baru balik dari kelas keyboarding nie haa.. Dah cramp jari-jari aq menaip. Bukan setakat jari je, kaki pun same. Hadoi.. Haha.. Malam nie ada kelas Information Management lagi. Sementara ada masa nie, nak tidur dulu laa.. *tidur aje keje :P



Udah-udah laa tu ye sayang-sayang sekalian.. :)


Akhir kata, saya sayang UiTM saya! :P


Assalamualaikum. 


No comments:

Post a Comment

*Hak milik terpelihara Siti Nadia semata-mata*